RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-4.blogspot.com

Khamis, 1 Januari 2015

Minda Editor


MINDA EDITOR

Tahun 2014 cukup memberangsangkan, banyak sukses. Tetapi tahun 2014 juga meninggalkan detik-detik yang tidak dapat dirungkaikan apabila Pantai Timur dilanda banjir yang agak mengejutkan. Ada yang mendakwa banjir tahun 2014 lebih hebat berbanding banjir pada tahun 1927, 1967, 1985, 2004 (tsunami di Aceh) dan banjir 2007. Walaupun banyak pengertian dan dakwaan tentang banjir ini, jelas banjir kali ini (2014) bukan sahaja menyebabkan harta benda musnah, rumah hanyut, ternakan turut terkorban, banyak barangan keperluan tidak dapat diselamatkan, tetapi juga banyak nyawa terkorban bukan sahaja tidak sempat berpindah tetapi telah dihanyutkan arus deras. Semoga banjir ini menjadikan ujian yang diturunkan oleh Allah S.W.T  kepada insan seperti kita tabah dan jadikannya sebagai suatu pendidikan. Apapun, "Selamat Datang Tahun Masihi 2015".

Selamat Menyambut Tahun Baharu Masihi
2015

AZMI MOHD. SALLEH
Editor
RELATIF

Tiada ulasan:

Catat Ulasan