RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-4.blogspot.com

Khamis, 10 September 2015

Pak Mat Pakar Urut


PAK MAT PAKAR URUT


PASIR MAS, KELANTAN: Sesetengah di kalangan tukang urut mempunyai sejarah dan kaedah yang berbeza di antara satu sama lain. Hal ini bertepatan dengan cara dan kaedah pembelajaran, tuntutan dan penerimaan ilmu dari guru yang menurunkannya kepada mereka. Sebab itulah, kalau kita lihat ada yang mula mengurut di badan sakit dengan menyentuh perut, ada yang bermula di bahagian ibu kaki, tapak kaki dan di bahagian dada. Walaupun wujudnya perbezaan itu, hanya satu tujuan iaitu untuk memberikan khidmat dan menyembuhkan kesakitan yang dihadapi oleh pesakit-pesakit mereka.

Dalam banyak tukang-tukang urut itu, terdapat juga yang sememangnya amat mahir dan berpengalaman sejak dari menimba ilmu itu dari guru-guru mereka. Salah satu sebab ialah, keturunan mereka adalah seorang atau beberapa orang tukang urut atau perawat tradisional yang sememangnya telah tersohor tetapi enggan menurunkan ilmu yang dipelajari mereka kepada anak-anak yang bakal mengikut jejak mereka.

Salah seorang pakar urut, Mamat bin Hussein atau Pak Mat, 80, dari Kampung Pangkal Kala, Pasir Mas, Kelantan yang sememangnya mempunyai keturunan tukang urut yang tersohor dari bapanya tetapi tidak menurunkan ilmu mengurut itu kepada anaknya yang bakal mewarisi kaedah mengurut itu malah terpaksa pula menimba ilmu dari orang lain. Beliau yang terpaksa berguru dengan Tok Daud dari Kampung Sedar, Tumpat, Kelantan akhirnya layak dinobatkan sebagai pakar urut kerana kemahiran yang dianugerahkan oleh Allah dan memang diakui sendiri oleh gurunya melalui kaedah menurunkan ilmu itu dengan cara mengurut secara dua hala.

“Kita mengurut semasa berusia 20 tahun dan setelah mendapat anak pertama (anak sulung)” ujar Pak Mat ketika ditanya Wartawan RELATIF, Azmi Mohd. Salleh dan Jurufoto, Mohd. Kamal Ibrahim di kediamannya.

Katanya, di antara masalah dalam badan yang diurutnya seperti sakit urat, uluran (angin, darah, lendir dan uluran batu), kencing manis, lemah jantung, darah tinggi, resdung, gout, lumpuh (strok), masalah tenaga batin lelaki dan mati pucuk.

Menurutnya, dia belajar dari seorang tukang urut tersohor bernama Tok Daud dari Kampung Sedar, Tumpat, Kelantan. Kaedah dia belajar dari gurunya itu ialah tok gurunya itu akan mengurutnya terlebih dahulu dan selepas itu dia akan mengurut tok gurunya pula. Kaedah mengurut “dua hala” ini katanya, bagi menguji urat saratnya untuk mengetahui kemahiran dan kemampuannya mengurut. Katanya, tok gurunya bukanlah seorang yang mudah “pemarah” tetapi tegas dalam mengajarkan ilmu mengurut itu kepadanya. Jika murid-muridnya tidak menurut kehendak dan gagal dalam pelajaran, pasti murid terbabit akan diterajang.

Dia mempelajari mengurut dengan tok gurunya itu hanya semalaman sahaja di mana dia boleh menguasai ilmu mengurut sebagaimana yang diajarkan kepadanya. Ketika dalam masa belajar, dia perlu tidur di rumah tok gurunya, sebelah malam berlatih mengurut manakala sebelah pagi “perlimau” untuk menunjukkan dia telah menguasai ilmu mengurut itu dengan sempurna.

Apabila ditanya, kenapa dia begitu pantas menguasai ilmu mengurut itu yang hanya dalam masa semalaman sahaja berbanding dengan sesetengah tukang urut yang memerlukan satu tempoh yang berhari-hari dan berminggu-minggu. Dia menjelaskan, bapanya adalah tukang urut yang tersohor di kampung berkenaan. Peliknya, bapanya itu tidak memperturunkan ilmu mengurut kepadanya, dia pula terpaksa belajar dan mencari guru semata-mata untuk menjadi tukang urut sebagaimana yang diminatinya. Menariknya juga, dia boleh mengajarkan ilmu mengurut itu kepada orang lain pula dan dua orang muridnya dari Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur pernah datang belajar mengurut darinya beberapa tahun lalu.

“Sekarang ini guru kita membahagikan sekatan kawasan mengurut. Kita diberikan mengurut di sebelah sini, manakala tok guru akan mengambil kawasan dari tebing sungai Kota Bharu”, ujarnya.

Setakat beliau mengurut, dia tidak mengira sangat jumlah pesakit yang pernah datang ke rumahnya untuk mengurut. Namun, jika dihitung sejak dari usia itu dia agak sudah lebih 1,000 orang yang pernah diurutnya. Para pesakitnya bukan sahaja terdiri dari kawasan tempatan tetapi juga dari Tumpat, Kota Bharu termasuk Salor, Tanah Merah, Gua Musang malah ada yang datang dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Maklumat tentang kita boleh mengurut asalnya dari mulut pesakit yang pernah diurutnya yang kemudiannya memberitahu orang lain pula”, katanya apabila ditanya dari mana maklumat sehingga pesakit-pesakit lain mengetahui dia seorang tukang urut.

Kata Pak Mat, menurut kaedah yang dipelajarinya, dia memulakan urutan ke atas tubuh pesakit bermula dari “perut”. Apabila ditanya, kenapa urutan bermula di perut? Katanya, di perut banyak urat dan saraf berkumpul selain tempat memproses makanan. Jika masalah urat di perut wujud, dia akan beralih ke lutut pula dan kembali di perut selepas itu, sehinggalah keadaan urat dan saraf kembali sempurna dan normal sepenuhnya. Kaedah bermula di perut bagi memberi ruang pernafasan berjalan lancar kerana lazimnya udara juga berada dalam urat dan saraf itu.

Pak Mat menambah, bagi kaedah mengurut yang bermula di bawah tapak kaki atau di ibu jari kaki atau di bahagian kaki adalah urutan yang tidak sempurna dan bukanlah cara terbaik sebagai tukang urut yang mahir. Ini menurutnya, masalah urat dan saraf bukan di kaki kerana urat di situ tiada kena mengena dengan masalah urat yang sakit itu tadi.

“Bagi kaedah urutan penyakit angin ahmar (angin merah) atau lebih dikenali sebagai strok dalam kategori anggota lumpuh, kita memulakan mengurut di bahagian perut juga”’ ujarnya.

Selain itu, dia juga mahir mengurut batin yang dihadapi oleh segelintir di kalangan lelaki yang didapati lemah tenaga batin dan mati pucuk. Menurutnya, punca sebenar masalah berkenaan adalah makanan yang mengandungi bahan kimia, bahan kimia ini menurutnya beracun kepada manusia secara senyap. Katanya, bagi lelaki yang menghadapi situasi sedemikian, dia mampu memperbetulkan dan menyelesaikan masalah itu sehingga berjaya yang akhirnya pesakit akan merasai sesuatu yang berbeza setelah diurut.

Bagi urutan yang melibatkan masalah tenaga batin dan mati pucuk, urutan di bahagian jari adalah langkah terbaik. Ini kerana, pada jari manusia mempunyai urat dan saraf bersambung di lima tempat, sebab itulah urutan perlu dibuat di kawasan itu.

Dalam kaedahnya mengurut, sebarang minyak urut, minyak masak (minyak benar) boleh digunakan untuk mengurut kerana tidak meletakkan sebarang syarat kepada tukang-tukang urut walaupun terdapat di kalangan tukang-tukang urut menitik beratkan hal itu. Namun, bagi beliau sebarang minyak amat sesuai digunakan asalkan memudahkan aktiviti mengurut, apatah lagi penggunaan minyak masak atau minyak benar ini cepat meresap dalam urat saraf dan bagi melicinkan dan melancarkan urutan.

Katanya, dari segi masa mengurut pula, dia hanya menetapkan pada waktu malam sahaja sebagai masa terbaik dan paling sesuai untuknya mengurut terutama selepas waktu solat Isyak sehingga jam 2.30 pagi. Namun, jika ada pesakit yang perlukan bantuannya untuk mengurut pada waktu siang dia tidak akan menolaknya kerana meraikan tetamu yang datang jauh semata-mata perlukan urutan untuk menyelesaikan kesakitan saraf yang dihadapi mereka. Sementara pada waktu malam, hanya malam Sabtu sahaja dia bercuti dari mengurut atas sebab untuk mengikuti kuliah agama.

Dari konteks maklumbalas pula, dia pernah beberapa kali menerima beberapa maklumbalas yang agak memberangsangkan daripada beberapa pesakit yang pernah diurutnya yang menyatakan beliau sememangnya berpengalaman (pakar) dalam urutan dan tahu urat dan saraf yang bermasalah. Katanya, dalam sehari dia akan menerima kira-kira empat pesakit yang datang mengurut.

Ditanya, tidakkah dia berasa kurang selesa, lemah, penat dan menghidap demam selepas mengurut seseorang? Katanya, dia akan semakin bertenaga dan tidak menunjukkan rasa penat setelah berjaya mengurut pesakit-pesakit terbabit. Lazimnya, kebanyakan tukang urut akan berasa lemah, kepenatan dan kadang kala akan menghidap demam setelah mengurut, namun tidak bagi beliau.

“Dalam hal ini, tukang-tukang urut yang akan berasa lemah dan demam berminggu kerana kaedah menyentuh urat dan saraf pesakit itu tidak betul. Oleh itu, tukang-tukang urut perlu mengetahui kaedah itu”, ujar Pak Mat lagi.

Berhubung tentang kaedah mengurut ini, dia pernah mengurut salah seorang pesakit iaitu seorang Jurutera dari Pulau Pinang. Katanya, walaupun jurutera itu mempunyai tukang urutnya sendiri yang digajikannya, namun dia tidak berpuas hati dengan cara urutan tukang urutnya itu, sehingga terpaksa Pak Mat pula yang mengurutnya. Setelah Pak Mat mengurut, dia berasa bertenaga semula. Itulah yang menyebabkan Pak Mat begitu tersohor dengan teknik urutan sehingga diyakini oleh pesakit dari luar Kelantan.

“Kita agak, mungkin juga tukang urut jurutera itu tidak begitu sesuai dengan sistem urat dan sarafnya sehingga perlu mencari tukang urut lain”, ujar Pak Mat selamba.

Menurut Pak Mat, selepas seseorang pesakit menerima urutan daripada Pak Mat, kira-kira dalam tempoh tiga hari sehingga seminggu baharulah pesakit akan berasa segar dan bertenaga semula.

Katanya, kalau ingin melihat perubahan segera dalam masa sehari atau dua hari memang tidak sepatutnya. Jadi, dalam tempoh tiga hari sehingga seminggu itulah pesakit akan berasa sihat dan bertenaga sepenuhnya.

“Kita mengurut tidak mengguna atau membaca ayat-ayat panjang, memadai membaca “Bismillah” sahaja sehingga selesai”, katanya.

Dia akan mengurut berdasarkan kepada jumlah pesakit. Jika pesakit itu agak terlalu ramai, dia hanya memperuntukkan dan memendekkan masa satu jam sahaja. Tetapi jika pesakit itu tidak ramai, dia akan mengurut sehingga satu jam setengah setiap orang.

Selain beliau sebagai tukang urut lelaki, isterinya, Nab binti Jusoh, 78, atau popular di kampungnya itu dikenali sebagai Makcik Nab adalah tukang urut wanita. Kehidupan kedua-dua pasangan tukang urut ini memberikan impak yang baik kepada masyarakat setempat terutamanya di kalangan pesakit yang memerlukan urutan urat dan saraf yang bermasalah.

Sebarang pertanyaan tentang mengurut, boleh menghubungi Mamat bin Hussein (Pak Mat Pakar Urut) di talian: 014-2943942

Mamat bin Hussein atau Pak Mat.

 Pak Mat ketika ditemubual Wartawan RELATIF di kediamannya.

Pak Mat menunjukkan cara dan kaedah mengurut dengan betul.


Inilah kediaman Pak Mat dan isterinya mengurut.

Tonton Video:
1. Siar.TV: Siri 3http://siartv-3.blogspot.com

Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

20 ulasan:

  1. Assalam
    Saya cuba hubungi nombor Pak Mat tetapi tiada dalam perkhidmatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm..jika tuan mahu khidmat urutan blh hubungi sy di talian 011-11036311

      Padam
  2. Assalam
    Saya cuba hubungi nombor Pak Mat tetapi tiada dalam perkhidmatan.

    BalasPadam
  3. Ada no baru ke? Sy call..no diluar kawasan

    BalasPadam
  4. Ada no baru ke? Sy call..no diluar kawasan

    BalasPadam
  5. salam... bagi sapa2 area kelantan khususnya area machang tanah merah kok lanas temangan blh lah hubungi sy kalau nak berurut.. bayaran seikhlas hati saja kalau xpuas hati xpayah byr pn xpe. samada whatsapp sy di 01111969905 / call-sms 0169866401 blh cuba kalau rasa serasi blh urut lg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh urut stroke ke? Kalau blh watsapp sy di 0173515402

      Padam
  6. MASALAH STROKE GOUT DAN LAIN2 BERKAITAN SARAF.

    assalamualaikum sy md nor umur 28thn dan telah mewarisi ilmu urutan bagi masalah stroke,gout, dan masalah2 saraf lain SY BUKAN TUKANG URUT CARI MAKAN MISKIN/KAYA SEMUA LAYAK MENDAPATKAN RAWATAN TIADA HARGA KHUSUS YG DITETAPKAN SY TAMPIL KERANA ALLAH SUPAYA DIKENALI JIKALAU SY BERDIAM DIRI MAKA ILMU SAYA SIA2 TANPA MEMBANTU bagi sesiapa yg xsedap badan urat tegang, sakit accident dan sebagainya in shaa Allah, sy sedia membantu berikhtiar Allah jua yang menyembuhkan sekiranya itu yg Allah kehendaki dengan keizinanNya... blh contact sy

    whatsapp 01111969905
    call/sms 0169866401

    lokasi utama kelantan. lokasi kedua, berdekatan pasar borong selangor(hanya ketika musim melawat mak saudara)

    info sampingan: sy juga menjual software komputer bagi sesiapa yg memerlukan apa2 perisian baik utk kegunaan pribadi atau kegunaan industri apa2 software shj in shaa Allah sy blh dptkan...

    -md nor(si tukang urut saraf/ professional Hairstylist-Hairdresser/Tech-Guy IT Specialist)

    BalasPadam
  7. MASALAH STROKE GOUT DAN LAIN2 BERKAITAN SARAF.

    assalamualaikum sy md nor umur 28thn dan telah mewarisi ilmu urutan bagi masalah stroke,gout, dan masalah2 saraf lain SY BUKAN TUKANG URUT CARI MAKAN MISKIN/KAYA SEMUA LAYAK MENDAPATKAN RAWATAN TIADA HARGA KHUSUS YG DITETAPKAN SY TAMPIL KERANA ALLAH SUPAYA DIKENALI JIKALAU SY BERDIAM DIRI MAKA ILMU SAYA SIA2 TANPA MEMBANTU bagi sesiapa yg xsedap badan urat tegang, sakit accident dan sebagainya in shaa Allah, sy sedia membantu berikhtiar Allah jua yang menyembuhkan sekiranya itu yg Allah kehendaki dengan keizinanNya... blh contact sy

    whatsapp 01111969905
    call/sms 0169866401

    lokasi utama kelantan. lokasi kedua, berdekatan pasar borong selangor(hanya ketika musim melawat mak saudara)

    info sampingan: sy juga menjual software komputer bagi sesiapa yg memerlukan apa2 perisian baik utk kegunaan pribadi atau kegunaan industri apa2 software shj in shaa Allah sy blh dptkan...

    -md nor(si tukang urut saraf/ professional Hairstylist-Hairdresser/Tech-Guy IT Specialist)

    BalasPadam
  8. Salam En Azmi, pakcik mat ni masih mengurut lagi ke loni? Ada ni HP baru dia?

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. saya cuba call no pak mat yg tertera dalam tulisan tuan malangnya no itu xdpt dihubungi

    BalasPadam
  11. Saya mencari tukang urut yang mahir untuk minor strok

    BalasPadam
  12. Sy mencari tuka g urut lelaki area kuala krai, Kelantan.

    BalasPadam
  13. Mencari urut batin area kubang Kerian

    BalasPadam