RAWATAN TRADISIONAL , TUKANG URUT
PASIR PUTEH, KELANTAN: Zaman
moden ini sudah semakin berkurangan golongan perawat tradisional walaupun tidak
dapat dinafikan, amalan yang mereka lakukan masih kekal dan wujud sehingga hari
ini. Keadaan ini disebabkan, masyarakat khususnya di kalangan pesakit mengambil
pendekatan mudah dengan mendapatkan ubat-ubatan dan menerima rawatan secara moden kerana kononnya rawatan secara moden sahaja yang terjamin penyembuhannya.
Amalan merawat pesakit secara
tradisional sebagaimana yang dilakukan oleh salah seorang Pengamal Rawatan
Tradisional dan Tukang Urut, Azemi bin Berahim, 47, atau lebih dikenali sebagai
Mr. Arumi dari Kampung Bukit Tanah, Selising, Pasir Puteh, Kelantan itu adalah
usaha dan pendekatan yang baik kepadanya dalam usaha untuk membantu di kalangan
penduduk tempatan yang masih melihat rawatan tradisional itu juga rawatan awal
yang diamalkan sejak lebih 1,400 tahun dulu tetapi masih lagi
diteruskan sehingga hari ini.
Beliau yang ditemui oleh Wartawan
RELATIF, Azmi Mohd. Salleh dan Jurufoto, Mohd. Kamal Ibrahim di restoran
miliknya dan isterinya itu baru-baru ini menyatakan, dia mengamalkan rawatan
seumpama itu sejak dari tahun 2000 lagi tetapi masih diteruskan sehingga tahun
2015 ini. Ini bermakna, hampir 15 tahun dia mengamalkan rawatan tradisional dan
urut itu tanpa jemu bagi membantu pesakit yang menghadapi masalah di
kediamannya yang terletak berhampiran dengan papan tanda “Bukit Tanah” itu.
“Sudah hampir 15 tahun saya
meneruskan rawatan seumpama ini. Sebelah siang mengusahakan restoran bersama
isteri, manakal sebelah malam menjalankan rawatan itu”, katanya.
Ditanya tentang minatnya yang
menjurus ke arah bidang itu, beliau menjelaskan, adalah disebabkan hobinya
sejak dari zaman kanak-kanak lagi ingin berbakti kepada masyarakat khususnya
pesakit dengan memperkenalkan rawatan secara tradisional (alternatif) secara
sepontan dan mudah diterima pesakit.
Menurut Mr. Arumi, kebanyakan
pesakit yang datang berurut dengannya adalah melibatkan sakit urat saraf
terutamanya di bahagian pinggang. Dalam kaedah ini, dia akan melihat dan
membuat urutan di bahagian tumit dan bawah kaki kerana di kawasan terbabit yang
menjadi punca setiap pesakit akan berasa sakit di bahagian atas khususnya
tentang saraf di bahagian pinggang itu. Dia akan mulakannya dari kaki sehingga
ke bahagian atas tubuh dan meliputi keseluruhan saraf yang ada di bahagian
tubuh.
“Jumlah pesakit yang pernah saya
urut memang agak ramai juga tetapi lupa siapa pesakitnya.
“Namun, jika diukur secara
purata, kira-kira lebih 400 orang pesakit yang datang menerima rawatan dari
saya”, katanya apabila ditanya tentang jumlah pesakit yang pernah menerima
rawatan dengannya.
Katanya, kebanyakan pesakitnya
yang paling ramai adalah terdiri daripada warga Kelantan dan terutamanya dari
kalangan penduduk setempat. Namun, terdapat juga pesakit dari luar. Malah beliau
juga pernah membuat urutan salah seorang pegawai Jabatan Agama dari Kuala Lumpur yang datang
sendiri ke rumahnya di mana pesakit berkenaan akan berharap kepada beliau
mengurut kira-kira 10 kali dalam setahun.
“Pegawai yang dimaksudkan itu
berasa selesa berurut dengan saya. Dia pernah berurut dengan tukang urut lain,
tetapi berasa tidak sempurna.
“Akhirnya, dia mencari saya, kali
pertama berurut dia berasa agak lain dari yang lain dan sehingga sekarang telah
10 kali dia datang berurut dengan saya”, kata Mr. Arumi lagi.
Katanya lagi, purata pesakit yang
pernah datang berurut dengannya dalam sehari adalah lebih dari dua orang malah
terdapat juga seorang sahaja bergantung kepada keperluan. Lazimnya setiap
pesakit diurutnya selama satu jam setengah itu sudah memadai dan pesakit akan
berasa lega setelah menerima urutan darinya.
Apabila ditanya tentang jumlah
bayaran yang dikenakannya kepada pesakit setiap kali selesai memberikan
rawatan, dia menjelaskan, dia tidak pernah mengenakan bayaran yang tidak munasabah
(mahal) terhadap pesakit sepanjang beliau memberikan perkhidmatan urutan dan
rawatan tradisional, semuanya bergantung kepada keikhlasan di kalangan pesakit
itu sendiri. Kalau pesakit itu tidak berbuat demikian pun dia tidak ambil kisah
kerana itulah niatnya yang asal untuk membantu merawat pesakit yang memerlukan
khidmatnya sekadar yang termampu dibuat olehnya.
Mr. Arumi menambah, di antara
masa yang diperuntukan olehnya kepada pesakit yang inginkan khidmatnya adalah
pada sebelah malam, selepas solat Isyak mulai jam 9.30 malam. Dia tidak
mengutamakan rawatan sebelah siang kerana di waktu siang dia mengusahakan
restoran bersama isterinya.
Tentang maklumbalas di kalangan
pesakit yang pernah mendapatkan khidmatnya juga agak memberangsangkan sepanjang
beliau berkhidmat sebagai perawat tradisional dan tukang urut itu. Katanya,
setakat ini dia menerima maklumbalas seumpama itu melebihi 20 orang. Salah
seorang yang masih diingatinya adalah seorang pesakit dari Besut, Terengganu.
Pesakit itu pernah menerima rawatan kira-kira tiga malam berturut-turut.
Sebagai akhir bicara, beliau amat
berharap jika mangsa dan pesakit menghadapi masalah yang sukar untuk
diselesaikan, sila menghubungi beliau atau datang sendiri ke kediamannya yang
terletak berhampiran dengan papan tanda “Bukit Tanah”, Selising, Pasir Puteh,
Kelantan.
Katanya, tindakan awal akan dapat
menyelamatkan keadaan dan beliau bersedia merawat pelbagai masalah seperti
masalah urat saraf, kekejangan urat, terseliuh, masalah tenaga batin lelaki,
gangguan makhluk halus dan sebagainya lagi.
Sebarang pertanyaan dan rawatan, hubungi Azemi bin Berahim (Mr. Arumi)
di talian: 010-5723502
Azemi bin Berahim atau Mr. Arumi.
Kediaman dan restoran makanan yang dijadikan sebagai tempat mengurut.
Azemi bin Berahim ketika ditemubual Wartawan RELATIF.
Papan tanda "Bukit Tanah" letaknya berhampiran dengan restoran miliknya.
Papan tanda "Bukit Tanah" letaknya berhampiran dengan restoran miliknya.
Tonton Video:
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM
assalamualaikum sini ke hok jual ubat sakit urat warna meroh putih tu ?
BalasPadam