MISTERI PASIR TERBANG
TUMPAT, KELANTAN: Banggol Jal
adalah satu istilah tempat yang diberikan nama oleh penduduk-penduduk di
Kampung Jal Kechik, Tumpat, Kelantan yang pada masa dulu masih dipenuhi hutan
tebal. Disebabkan kawasan itu adalah kawasan hutan tebal, belum lagi dibina
penempatan mahupun perumahan kerana kawasannya agak sunyi kerana masih belum
diteroka. Namun, kemudahan jalan rayanya sudah dibina bagi kemudahan
penduduk-penduduk dari kampung lain dan berdekatan melaluinya sebagai jalan
pintas yang paling pantas untuk ke sesuatu destinasi dituju.
Walaupun dikenali sebagai Banggol
Jal, hanya beberapa penduduk dari kampung itu sahaja yang mengetahui
tentangnya, apatah lagi yang melibatkan mangsa yang pernah diganggu oleh
makhluk ghaib yang telah menjadikan kawasan itu tempat mereka menghuni sebelum
manusia merampasnya dari mereka.
Salah seorang mangsa diganggu
makhluk terbabit ketika melalui kawasan Banggol Jal itu ialah, Nordin bin
Awang, 50, atau lebih dikenali sebagai Din yang menceritakan pengalamannya
kepada Wartawan RELATIF, Azmi Mohd. Salleh dan Jurufoto, Mohd. Kamal Ibrahim
bahawa dia melalui kawasan itu semata-mata untuk melihat tapak rumahnya yang
dibelinya di kawasan kira-kira 30 meter dari lokasi yang dimaksudkan.
Menurut Nordin, kejadian itu
berlaku kira-kira lapan (8) tahun lalu ketika beliau memandu keretanya seorang
diri dari arah Wakaf Baharu menghala melalui kawasan itu. Katanya, cermin pintu
keretanya dibiarkan terbuka bagi memudahkan udara keluar dan masuk, apatah lagi
menurutnya udara malam agak segar.
Melihat suasana malamnya yang
kelam, dia berasa kawasan itu adalah kawasan hutan tebal kerana masih tiada
rumah dibina kawasan terbabit kecuali kemudahan jalan raya yang baharu selesai
dibina bagi kemudahan penduduk dari kampung berdekatan dan kampung lain
melaluinya sebagai jalan singkat yang paling pantas untuk cepat sampai ke
destinasi yang dituju. Hanya yang dapat didengarinya ialah bunyi tiupan bayu
dan sesekali bunyi cengkerik yang menghiasi suasana malam.
Dia hanya memandu keretanya
dengan agak perlahan dan setibanya di kawasan lokasi tersebut, dengan tiba-tiba
dia diganggu lemparan pasir yang masuk melalui pintu keretanya yang terbuka
itu. Disebabkan pintu keretanya yang terdedah agak lebar itu, pasir yang
dibaling itu tiba-tiba mengenai pipi kanan dan mukanya secara serentak.
Kejadian yang berlaku jam 9.00 malam itu memang tidak masuk akal.
Melihatkan keadaan itu, hatinya
terbakar kerana marah dan tindakan melempar pasir ke arah muka adalah tindakan
biadap yang tidak patut dimaafkan. Malah detik hatinya berkata, kalau ingin
bergurau sekalipun bukan dengan cara membaling pasir tetapi sembunyi tangan.
Pasir yang dibaling itu terus masuk melalui tingkap kereta yang terbuka lalu
mengenai bahagian kanan pipi dan mukanya. Sebahagian pasir yang lalu, beliau
tidak pasti terkena bahagian mana.
“Disebabkan saya terlalu marah
kerana menganggap gurauan yang biadap, saya memberhentikan kereta”, ujarnya.
Disebabkan sikap biadap beliau
terkena balingan pasir yang mengenai pipi kanan dan sebahagian mukanya itu,
beliau secara tergesa-gesa memberhentikan kenderaannya lalu keluar dari
keretanya.
Selepas keluar dari keretanya
itu, beliau melihat dan meninjau sekeliling untuk melihat siapakah yang
mempunyai tangan gatal membaling pasir ke mukanya. Matanya melilau dan hanya
tertumpu dari arah pasir itu dibaling iaitu melalui kawasan hutan berhampiran
jalan raya itu. Dengan tidak semena-mena beliau berasa tengkuknya meremang
dengan agak kuat seolah-olah ada makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar
berada di belakang tubuhnya iaitu tempatnya berdiri di kawasan itu.
Apabila dilihat di sekitar lokasi
itu tiada sebarang petanda ada makhluk sama ada manusia atau makhluk lain, dia
masuk semula ke dalam kereta lalu meluncur meninggalkan kawasan itu menuju
kawasan tapak rumahnya yang baharu dibina berjarak kira-kira 30 meter dari
lokasi kejadian.
Setelah tiba di kawasan tapak
rumahnya pada malam itu, dia berasa tidak puas hati dengan kejadian misteri
yang baharu dialaminya di Banggol Jal itu. Dia pun bergegas ke sebuah warung
kopi di laluan utara tapak rumahnya itu. Menurut Nordin, paling menghairankan
hatinya apabila pasir yang dibaling itu terkena pipi kanannya tetapi pasir yang
maksudkan sepatutnya bertaburan di atas bonet keretanya, sebaliknya dilihatnya
tiada.
Disebabkan masih tidak berpuas
hati dengan kejadian dibaling dengan pasir itu, beliau kembali ke lokasi
kejadian untuk meninjau apakah ada sesuatu yang tidak kena dengan tempat itu,
Pada ketika itu, hujan renyai-renyai mulai turun.
Apabila ditanya, semasa pasir
dibaling lalu mengenai pipi kanannya, adakah dia tidak perasan siapa yang
melakukannya. Pada mulanya, terlintas di hatinya pasir itu dibaling oleh
manusia kerana baginya hanya manusia sahaja yang dapat berbuat demikian, tidak
terfikir tentang perkara lain. Namun, jika dilihat kepada suasana malam apatah
lagi berada dalam kawasan hutan, tidak mungkin manusia sanggup bergurau
dengannya. Manusia mana yang sanggup datang ke tempat itu semata-mata untuk
bergurau dengannya, apatah lagi pada waktu malam pula.
Katanya, beliau tidak menolak
kejadian gangguan misteri itu disebabkan perbuatan makhluk halus seperti jin.
Apatah lagi, pada masa dulu kawasan hutan sering menjadi tempat buangan
barangan misteri yang ditangkap dari dalam tubuh seseorang lalu dibuang ke
kawasan terpencil yang tidak diketahui oleh orang lain.
Tambah Nordin lagi, selain
kejadian misteri yang menimpanya sebagai mangsa, terdapat beberapa kejadian
misteri lain di kawasan yang sama. Di antaranya terdapat seorang guru yang
bertolak melalui lokasi kejadian untuk ke Gua Musang pada jam 3.00 pagi itu
turut diganggu sinaran lampu kenderaan yang agak menyilau dan terlalu tinggi
lalu mengenai matanya, tetapi apabila dilihat didapati tiada kenderaan yang
melaluinya.
Malah katanya, terdapat seorang
lagi mangsa usikan makhluk halus itu ialah jelmaan ular yang agak besar.
Keadaan bentuk wajah dan mata ular itu yang berpaling secara geram ke arah
mangsa seolah-olah ingin menelan mangsa yang pada pandangan ular itu agak
kecil. Kata Nordin, lazimnya jika dikatakan ular biasa saiznya tidaklah sebesar
itu yang biasanya apabila terlihat manusia, haiwan terbabit akan menyusur masuk
ke dalam belukar dan semak.
Kejadian ketiga pula turut
dialami oleh seorang mangsa penduduk sekitar yang baharu tinggal di kawasan
terbabit. Mangsa yang dapat melihat jelmaan seorang wanita agak berusia di mana
rambutnya mengerbang agak panjang sehingga terburai ke atas tanah. Ketika
kejadian jelmaan wanita itu suasana hari hampir Subuh. Tetapi wanita jelmaan
jin itu hanya menjelmakan dirinya saja dengan tidak mengganggu sesiapa lalu
pergi dan ghaib ke dalam hutan berhampiran tempat makhluk itu menuju.
Mangsa yang agak hairan dengan
keanehan wanita itu kemudiannya bertanya beberapa penduduk
di kawasan terbabit perihal
jelmaan wanita tua di kawasan lokasi terbabit.
“Mangsa bertanya beberapa
penduduk sekitar tentang dilihatnya seorang wanita yang menjelma di hadapannya,
kemudian itu masukan ke dalam hutan lalu ghaib di kawasan itu.
“Biasanya, jika ada orang masuk
ke sesuatu tempat tentunya ada rumah untuk dia balik ke penempatan itu”, ujar
Nordin.
Katanya, akhirnya mangsa mendapat
jawapan yang agak memeranjatkan apabila
dia diberitahu tiada rumah dalam hutan itu. Wanita itu bukanlah manusia tetapi
jelmaan jin semata-mata. Apa yang diketahui tentang wanita itu ialah pernah
terjadi minyak orang yang mati dibunuh dibuang ke dalam hutan itu beberapa
tahun sebelumnya. Jelmaan itu mungkin ada kaitan atau sebagainya.
Ditanya tentang kejadian baharu
zaman moden kini, adakah peristiwa itu masih berlaku sehingga hari ini? Beliau
menjelaskan setahunya sejak kejadian itu tiada lagi kejadian berkenaan dialami
sekarang ini. Mungkin menurutnya, kawasan terbabit telah didirikan dua buah
rumah penginapan selain menjadi laluan singkat penduduk untuk ke lain-lain
destinasi menyebabkan makhluk halus terbabit telah berpindah tempat pula. Kini
boleh dianggapkan lokasi misteri yang dikenali sebagai “Banggol Jal” itu
dianggap tinggal sebagai kenangan.
Nordin bin Awang atau Din.
Nordin ketika ditemubual Wartawan RELATIF di kediamannya.
Wartawan dan Jurufoto RELATIF.
Nordin menunjukkan dia dibaling pasir jam 9.00 malam, lapan tahun lalu.
Parit dan saliran ini juga lokasi tersohor bermisteri.
Tonton Video:
Tonton Video:
1.
Siar.TV: Siri 3 -
http://siartv-3.blogspot.com
2.
You Tube - https://www.youtube.com/watch?v=Ecs5m_LwVO8
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan