NILAI BARANGAN PURBA
TUMPAT, KELANTAN: Barangan purba
walaupun dilihat rekabentuknya agak lama dan sesetengahnya dianggap kuno, namun
masih terdapat peminatnya yang tersendiri. Juallah apa saja yang melibatkan
barangan itu seperti parang, golok, seterika, keris, cerek hatta barangan purba berbentuk
haiwan seperti naga, peminat terhadapnya pasti dapat menghidunya. Bukan kerana baunya kerana
barangan purba tidak berbau, tetapi rekabentuknya yang menarik yang sering
didambakan oleh peminat-peminat barangan berkenaan.
Walaupun bagi pandangan
sesetengah orang, barangan purba itu tidak bermanfaat, namun hal itu bagi
segelintir manusia. Tetapi bagi peminat barangan berkenaan pasti ada sesuatu
yang simbolik yang ingin dinyatakan di sebalik barangan terbabit.
Hal berkenaan memang diakui
sendiri oleh salah seorang peminat dan pemilik barangan purba, Ismail bin Daud,
65, dari Kampung Tanjung Kuala, Tumpat, Kelantan ketika ditemui Wartawan
RELATIF, Azmi Mohd. Salleh dan Jurufoto, Mohd. Kamarulbahrin di warung kopi
miliknya.
Menurut Ismail, barangan purba
yang ada di kedainya sekarang ini didatangkan dari Indonesia melalui salah seorang
rakannya dari negara itu. Dia mempamerkan barangan tersebut di kedainya itu
adalah semata-mata untuk menjualnya kepada pembeli yang berminat dengan
barangan terbabit.
Minatnya terhadap barangan purba
setelah melihatnya beberapa tahun lalu terutamanya tentang keunikan rekabentuk
yang dibuat oleh tukang-tukang barangan purba. Baginya, barangan terbabit
dibuat mungkin ada cerita dan pengalaman tukang yang membuatnya sehingga dapat
mencorakkan barangan tersebut seperti itu.
“Minat tentang barangan purba
memang dipendam sejak sekian lama. Setelah melihatnya, baharulah saya tahu ada
nilai di sebaliknya.
“Tukang-tukang yang membuatnya
mungkin ada sesuatu yang ingin diceritakan oleh mereka tentang barangan purba
itu pun kita tidak pasti.
“Saya pamerkan barangan ini untuk
dijual kepada pembeli yang berminat kepada barangan yang sama”, kata Ismail.
Katanya, barangan purba yang
dipamerkan di kedainya pada masa itu dalam jumlah yang banyak, tetapi
sebahagiannya telah terjual dan telah berpindah tangan. Jadi, selebihnya yang
masih berbaki masih ada di kedainya dalam proses untuk bertukar tangan.
“Pada masa itu, barangan purba di
warung saya ini agak banyak kerana ketika itu agak baharu. Peminat barangan ini
tidak mengetahui ada di sini. Setelah diketahui dari mulut ke mulut, hanya yang
tinggal beberapa bilah saja”, ujarnya.
Katanya, kebanyakan barangan
purba dari Indonesia
seperti dua ekor naga di mana setiap satunya dijualnya dengan harga RM150.
Sementara sebilah parang kuno dari Kelantan dijualnya dengan harga RM100. Dia
percaya, kesemua barangan purba itu telah berusia lebih 200 tahun berdasarkan
kepada rekabentuk itu.
Apabila ditanya tentang makna di
sebalik barangan purba itu, beliau tidak dapat menjelaskannya, hanya pemilik
asal yang dapat memberikan jawapan di sebaliknya. Beliau hanya sebagai wakil
penjual kepada sesiapa yang berminat dengan barangan lama dan purba.
“Saya tidak dapat nak jelaskan
apakah maksud yang tersirat. Mungkin bagi tukang-tukang kimpal yang tahu
jawapannya”, kata Ismail.
Katanya, kesemua barangan purba
itu dibuat dari logam tembaga, sebab itulah tidak berkarat, terutamanya dua
ekor naga dari Indonesia
itu.
Menurut Ismail, bagi
peminat-peminat yang berhajat dengan barangan purba yang dimaksudkan, mereka
boleh menghubunginya di talian: 011-16909313.
Ismail bin Daud.
Naga tembaga.
Ismail bin Daud ketika ditemubual Wartawan RELATIF di warung kopi miliknya.
Hanya inilah sebahagian barangan purba yang masih tinggal.
Cerek dan seterika.
Keris tanpa ulu dan sarung.
Tonton Video:
1.
Siar.TV: Siri 3 - http://siartv-3.blogspot.com
2.
You Tube - https://www.youtube.com/watch?v=B-ikdEf5p84
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
MOHD. KAMARULBAHRIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan