CITARASA CIK SITI SOYA
WAKAF BAHARU, KELANTAN: Lazimnya
kebanyakan produk kegemaran ramai seperti air soya dan pati soya di Kelantan
ketika ini dipelopori oleh kalangan individu yang menghasilkannya secara
kecil-kecilan untuk pasaran di bulan Ramadan semata-mata. Berbeza pula dengan
kebanyakan air soya yang dipekkan ke dalam kotak lazim dipelopori oleh
syarikat-syarikat besar untuk pasaran secara komersial yang dikatakan mudah
dibawa ke mana-mana.
Sebagaimana yang dilakukan oleh
seorang pengusaha bumiputera yang menyewa sebuah premis “Citarasa Cik Siti”
yang diusahakan oleh Siti Asiah binti Salleh (Siti), 31, yang turut dibantu
oleh seorang kakitangannya, Nurul Fatihah Che Musa (Fatin), 19 tahun. Walaupun
premisnya agak baharu dibuka pada bulan Mac 2015 lalu itu yang beroperasi di
Lot 2232, Kampung Kutan Hilir, Jalan Pasir Pekan, 16250 Wakaf Baharu, Kelantan
juga telah mendapat tempat di hati penggemarnya.
Ketika ditemui Wartawan RELATIF,
Azmi Mohd. Salleh dan Jurufoto, Mohd. Kamal Ibrahim, Siti Asiah menjelaskan,
premisnya juga turut memproses dan membekal air soya, pati soya, teh bunga, jus
lohan dan sasajus.
“Kami mendapat tunjukajar,
dorongan dan khidmat nasihat Mr. Yeap Hong Soon yang juga Pengurus Simma Jaya Enterprise”, ujar Siti
Asiah kepada RELATIF.
Katanya, minat untuk mewujudkan
premis memproses minuman seumpama itu memang sesuatu yang dinantikannya selama
ini tetapi agak tidak sangka apabila hasratnya selama ini tercapai juga dan
beliau gembira dengan hal berkenaan.
Lazim menurutnya, jika air soya
itu dibungkus dalam bekas plastik dijual dengan harga RM2. Manakala jika
dibekal kepada peruncit pihaknya menjualnya dengan harga RM3. Harga berkenaan
dianggap berpatutan dan kebanyakan harga produk seumpamanya di kawasan itu juga
dijual sebagaimana yang disarankannya.
“Setakat ini, kami tidak
mengiklankan premis ini di mana-mana media. Namun pihaknya bercadang dan sedang
berusaha untuk mewujudkan laman web sendiri bagi memudahkan pihak pengguna
mengakses pengeluaran produk tersebut kepada umum melalui internet”, ujarnya.
Katanya, air dan pati soya yang
dihasilkannya itu diproses secara asli dan segar tanpa menggunakan bahan
pengawet atau dicampur air. Jadi, pembeli akan dapat merasai rasa keaslian
kacang soya secara segar apabila membeli air soya di premisnya.
“Kira-kira RM10,000 modal
diperlukan untuk mewujudkan premis seumpama ini dengan kadar sewa RM800 sebulan” jelasnya.
Sementara menurut kakitangan
Citarasa Cik Siti, Nurul Fatihah Che Musa atau Fatin, 19, berkata Citarasa Cik
Siti memproses dan membekal air soya, pati soya, teh bunga, jus lohan dan
sasajus. Kebanyakan peralatan yang digunakan di premisnya itu menggunakan
peralatan ringkas seperti mesin mengisar, pemerah, penapis serta kuali besar
untuk memasak kacang soya itu di samping penggunaan gas untuk memasak
bahan-bahan tersebut.
Apabila ditanya tentang
penggunaan kacang soya, katanya kira-kira 4 kg kacang soya diperlukan dalam
sehari untuk memproses menjadi soya. Jumlah ini adalah sekali masak dalam
sehari untuk menghasilkan air dan pati soya itu. Dalam konteks ini katanya,
kacang soya akan melalui dua kali perahan untuk menghasilkan air soya sebanyak
4 kg itu.
Menurutnya, setelah air soya
selesai diproses, air soya itu akan dimasukkan ke dalam bekas (gelas plastik)
dan plastic sebagaimana yang dijual oleh individu di gerai-gerai. Bahkan jika
membekalnya kepada peruncit, pihaknya menggunakan botol sebagai langkah
keselamatan untuk dibawa ke tempat itu.
Apabila ditanya, adakah air soya
dijual pada bulan Ramadan sahaja, beliau menjelaskan bahawa premisnya akan
meneruskan jualan berkenaan bukan sahaja pada bulan puasa tetapi turut akan
berada di pasaran pada bulan-bulan yang lain kerana menurutnya permintaan
terhadap air soya agak tinggi berikutan pengguna masa kini menggemari air
minuman yang lazat itu apatah lagi jika diperolehi dengan harga yang murah dan
dalam tahap segar dan asli pula.
“Pihak kita bercadang untuk
memasarkannya dalam laman web sebagai alternatif terkini apabila laman web
berkenaan dapat diwujudkan dalam masa terdekat nanti.
“Setakat ini pihak kami
menggunakan alternatif “business card” dan menyebarkannya dari mulut ke mulut
sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terus kepada pengguna”, jelasnya.
Menurutnya, setakat ini pihaknya
membekalkan air soya itu kepada beberapa buah kedai makan dan restoran seperti
di Wakaf Baharu kerana tempat-tempat berkenaan menjadi tumpuan pengguna.
Manakala di Kota Bharu pula di Tesco.
Katanya, dia berminat dengan kerja
seumpama itu berikutan kerja berkenaan agak mudah apatah lagi dengan menceburi
bidang seumpama itu akan dapat menambah pengalaman. Mana tahu katanya, suatu
masa nanti dia dapat menghasilkan sendiri produk seumpama itu.
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh menghubungi beliau di talian: 012-9289340
Siti Asiah binti Salleh (kiri) dan Nurul Fatihah Che Musa (kanan) ketika ditemubual Wartawan RELATIF di premisnya.
Tonton Video:
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan