NURSERI ERVER STAR ENTERPRISE
WAKAF BAHARU, KELANTAN:
Perniagaan di bidang nurseri memang memberikan hasil dan pulangan yang lumayan
jika sentiasa diberikan perhatian terhadap bidang tersebut. Walaupun dari luar
kelihatannya agak kabur dan ragu-ragu, namun daripada pengalaman beberapa pengusaha
nurseri yang mendakwa, bidang nurseri mempunyai peminat dan pelanggannya yang
tersendiri. Buktinya, ramai pengusaha nurseri yang menarik nafas lega kerana
pokok yang dijual di nurseri mereka sentiasa mendapat permintaan yang agak
menggalakkan daripada pelanggan setempat malah ada juga yang datang dari luar.
Misalnya Nurseri Erver Star
Enterprise yang letaknya di No. 57, Jalan Baru, Wakaf Baharu, Kelantan sentiasa
mendapat perhatian daripada kebanyakan pelanggannya kerana nurserinya banyak
membekalkan beberapa jenis pokok menarik apatah lagi harganya agak murah dan
berpatutan yang sememangnya mampu dibeli oleh pelanggan yang merupakan
penggemar beberapa jenis pokok seperti bunga, hiasan dan herba.
Menurut Pembantu Pengurus, Nurseri Erver
Star Enterprise, Medam Owi Lian Eng berkata, nurseri berkenaan mula beroperasi
pada tahun 2013 dan dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang (pada
hari-hari biasa). Sementara pada bulan puasa dibuka sehingga 7.00 malam setiap
hari. Pada masa itu katanya, kira-kira 50 jenis sahaja yang dijual di
nurserinya seperti pokok bunga, hiasan dan herba.
Manakala pada tahun ini (2015),
dianggarkan lebih 50 dan mungkin lebih 100 jenis pokok yang dijual di
nurserinya yang ternyata menjadi pilihan dan minat pelbagai peringkat penggemar.
Lazim di antara jenis pokok yang ada di nurserinya seperti bunga raya, issora
dan puding. Selain itu terdapat juga pelbagai jenis herba seperti mas cotek
serta pokok hiasan pula terdiri dari keladi, pudina putih, pudina hijau dan
rosinda). Banyak lagi pokok-pokok yang tidak dapat dinyatakannya satu persatu.
“Antara pokok yang laris dan
mendapat sambutan pembeli ialah rosinda hijau. Manakala pokok herba pula
digemari oleh golongan veteran, malah pihak nursery kami kerap menjadi tumpuan
golongan yang mengamalkan minuman air/pokok herba.
“Sementara pokok bunga pula
digemari oleh golongan perempuan disebabkan keunikan dan kecantikannya yang
begitu menyerlah jika ditanam di laman rumah”, ujar Owi ketika ditemui Wartawan
RELATIF, Azmi Mohd. Salleh dan Jurufoto, Mohd. Kamal Ibrahim di nurserinya.
Kata Owi lagi, pihaknya menjual
pelbagai jenis pokok itu berharga di antara RM5 hingga RM6 sahaja berdasarkan
kepada keadaan pokok itu sendiri sama ada jenis kecil atau besar.
Menurut Owi, golongan wanita yang
paling ramai datang ke kedainya untuk mendapatkan pokok terutamanya pokok bunga
yang setakat ini jenis pokok paling laris dibeli dari nurserinya.
Kata Owi lagi, beliau pernah
dimaklumkan oleh beberapa pembeli terutamanya di kalangan wanita menyatakan,
pokok bunga yang dijual di nurserinya agak murah dan pokoknya berkeadaan subur.
Lazimnya pembeli yang sering
datang ke kedai nurserinya itu adalah di kalangan penduduk setempat iaitu dari
Wakaf Baharu itu sendiri kerana lokasi kedai nurserinya itu berhampiran dengan
kediaman pembeli terbabit. Ini tentunya memudahkan pembeli datang sama ada
dengan motosikal atau kereta apatah lagi lokasi nurserinya itu terletak di
tempat yang strategik.
Walau bagaimanapun, terdapat juga
di kalangan pembeli itu datangnya dari Pasir Mas, namun tidaklah terlalu kerap
kerana mungkin agak jauh dan mereka datang disebabkan pokok-pokok yang ada di
nurserinya berkeadaan segar dan subur.
Apabila ditanya, tidakkah
memperolehi kerugian apabila pihaknya menjual pokok-pokok tersebut dengan harga
rendah berbanding dengan tempat lain. Menurutnya, harga yang dijual oleh
pihaknya dianggap standard pasaran dan kebanyakan pelanggan berpuas hati kerana
harga tersebut tidaklah terlalu mahal dan mereka tidak banyak soal tentang
harga kerana yang penting menurutnya dari segi kesuburan pokok itu sendiri.
“Walau bagaimanapun, pihak kami
bergantung juga kepada harga yang ditetapkan oleh pihak pembekal pokok
terbabit. Jika harga bekalannya telah meningkat, pihak kami terpaksa
berpandukan kepada harga yang ditetapkan itu”, katanya.
Lazimnya, untuk kesuburan pokok
patut digunakan warna organik yang berwarna hitam. Sementara jika menggunakan
baja kimia lazimnya warna putih dan hijau adalah khusus untuk kesuburan pokok.
Sementara baja kimia berwarna pink dan kuning digunakan untuk melebat dan
mencantikkan bunga khusus digunakan kepada pokok bunga.
Owi menambah, nurserinya
mendapatkan bekalan pokok-pokok dari Rantau Panjang dan Johor. Cara bekalan itu
dibekalkan ke nurserinya itu sama ada pihaknya memperolehi bekalan itu dengan
membelinya sendiri di Rantau Panjang atau pihak berkenaan akan membawanya ke
nurserinya sebagaimana yang ditempah.
Ditanya tentang kebanyakan tanah
untuk menyemai dan menumbuhkan pokok di Kelantan tidak begitu sesuai untuk
tujuan itu sebagaimana dakwaan sesetengah pihak. Ini berikutan, kebanyakan
tanah yang ada di kebanyakan nurseri di Kelantan hari ini diperolehi dari
negeri Perak. Beliau menganggap dakwaan pihak berkenaan tidak benar. Katanya,
tanah di Kelantan sebenarnya amat sesuai untuk pelbagai jenis pokok. Tetapi
disebabkan Kelantan tidak mempunyai kilang khusus untuk memproses dan
menghasilkan tanah-tanih untuk pokok maka pihak berkenaan mendakwa tanah di
negeri Kelantan tidak sesuai.
Katanya, biasanya walaupun kita
menggunakan tanah yang diproses, pihaknya mengesyorkan dicampurkan juga dengan
sekam padi agar pokok kelihatan lebih subur dan bermaya.
“Pihak kami tidak tidak menjual
tanah-tanah untuk menanam pokok-pokok terbabit”, ujarnya.
Bercakap tentang baja pokok pula,
baja pokok terdiri dari dua jenis iaitu baja organik dan baja kimia. Dari segi
warna pula amat berbeza di antara baja organik dan baja kimia. Misalnya baja
organik berwarna hitam. Manakala baja kimia pula mempunyai empat warna iaitu
hijau, merah, pink dan putih.
Sementara itu, selain pokok,
pihaknya juga turut menjual pelbagai jenis pasu dengan harga yang agak
berpatutan. Misalnya pasu kecil dijual dengan harga RM2, pasu besar dijual
dengan harga di antara RM7-50 dan RM8.
Dalam hal ini amat jelas bahawa,
peminat dan penggemar pelbagai jenis pokok di kebanyakan nurseri lain termasuk
di Nurseri Erver Star Enterprise begitu memberangsangkan berikutan banyak pokok
yang sukar diperolehi di nurseri lain boleh dibeli di nurserinya dengan harga
murah dan berpatutan.
Nurseri Erver Star
Enterprise boleh dihubungi di talian: 019-9873386
(Bercakap dengan Owi
Lian Eng).
Owi Lian Eng atau Owi.
Owi ketika ditemubual Wartawan RELATIF di nurserinya.
Papan tanda pintu masuk ke Nurseri Erver Star Enterprise.
Pokok kurma.
Pokok buluh.
Pokok karpet.
Sebahagian pokok yang ada di Nurseri Erver Star Enterprise.
Baja pokok.
Pasu bunga.
Tonton Video:
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
MOHD. KAMAL IBRAHIM
MOHD. KAMAL IBRAHIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan