SENI KRAF ROTAN
JERTEH, TERENGGANU: Barangan kraf
khususnya yang dihasilkan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia memang
ada potensinya dalam pasaran walaupun sambutan terhadapnya dianggap perlahan.
Namun begitu, di beberapa kawasan tertentu sambutannya di luar dugaan biarpun
harganya dianggap mahal, tetapi dalam konteks barangan harganya tidak
sepatutnya dipersoalkan. Ini kerana, barangan kraf memang bermutu tinggi kerana
dibuat dengan tangan oleh pakar-pakar di bidang itu.
Misalnya tentang kraf kayu yang
kini dikatakan bergerak perlahan, namun percayalah sambutan terhadap kraf kayu
juga tidak kurang hebatnya. Ini kerana, untuk membuat barangan kraf kayu juga
bukan senang tetapi tidak sesukar mana bagi yang arif dan mahir di bidangnya.
Begitu halnya dengan cerita
seorang tukang dan Pengusaha Kraf Kayu, Mohd. Razi bin Jusoh, 55, yang lebih
dikenali sebagai Paksu Zi dari Kampung Pusu Tinggi, Jerteh, Terengganu ketika
ditemui Wartawan RELATIF, Azmi Mohd. Salleh dan Jurufoto, Mohd. Kamal Ibrahim
di galerinya baru-baru ini.
Menurut Paksu Zi, dia sememangnya
pakar atau tukang dalam pembuatan barangan kraf kayu seperti sudip dari kayu,
tabung duit, kukur kelapa, papan untuk memotong daging dan ayam, congkak, kayu
hoki dan tunggul tambat haiwan yang dijualnya ke pelbagai tempat dan ada yang
dihantar ke Kelantan. Dalam masa melakukan penghantaran barangan kraf kayu itu
itulah, dia amat tertarik dengan pelbagai barangan yang dibuat dari rotan.
Sejak itu iaitu pada 15 November,
2014 dia mula menubuhkan galeri kraf rotan yang dibina di laman rumahnya yang
juga terletak di laluan umum di Kampung Pusu Tinggi itu. Ketika itu katanya,
modal yang diperlukan untuk menubuhkan galeri seumpama itu tidaklah terlalu
banyak iaitu kira-kira RM1,000 sahaja hasil jualan dari pelbagai barangan kraf
kayu yang dibuatnya sendiri secara berdikit dengan amalan berjimat-cermat.
Menurut Paksu Zi, kebanyakan
bekalan barangan kraf rotan itu beliau perolehi dari Kelantan (Pasir Mas,
Rantau Panjang dan Tumpat), Terengganu selain Melaka dan sebagainya. Misalnya
pelbagai barangan seperti raga dan timba didatangkan dari Melaka.
“Kebanyakan barangan kraf rotan
didatangkan dari Kelantan terutamanya dari Pasir Mas, Tumpat dan Rantau
Panjang, Terengganu dan Melaka.
“Namun, saya kurang maklum dengan
bekalan kraf rotan dari Terengganu. Saya hanya menempahnya, pihak pembekal
tidak memaklumkan dari mana mereka memperolehinya”, jelas Paksu Zi.
Di antara barangan kraf rotan
yang turut dijual di galerinya seperti kerusi rotan, bakul, raga bayi, bola
takraw, tingkat pinggan mangkuk, tudung saji, serkap burung, tuai, lampu,
pelapik periuk dan cemeti.
Barangan dari kraf buluh pula
seperti bekas menyimpan beras, tas tangan, tudung saji, bubu, serkap ayam dan
beg. Manakala barangan yang dibuat dari mengkuang pula seperti tikar mengkuang,
beg dan tas tangan. Sementara terdapat juga barangan dari upih yang didatangkan
dari Melaka seperti timba serta barangan lidi. Manakala barangan kraf kayu yang
dihasilkannya sendiri seperti tabung duit, sudip dari kayu, kukur kelapa, papan
untuk memotong daging dan ayam, congkak dan kayu hoki.
“Terbaharu, barangan yang saya
mula perkenalkan meliputi pelbagai hiasan seperti perhiasan dari laut serta
perhiasan dalam rumah yang meliputi 100 jenis”, katanya ketika dihubungi
Wartawan RELATIF pada 28.10.2015.
Paksu Zi menambah, berhubung
dengan sambutan pelanggan terhadap barangan yang dipamer dan dijual di
galerinya itu boleh dikatakan agak menggalakkan terutamannya bagi
peminat-peminat kraf rotan, kecuali pada hari-hari tertentu agak lembab. Galeri
beliau itu menjadi tumpuan untuk mendapatkan kraf berkenaan berikutan di
kampung itu hanya beliau seorang saja yang menjual pelbagai jenis kraf dari
rotan, buluh, kayu, mengkuang dan pandan yang menjadi minat sebahagian pembeli.
“Tentang harga pula, saya menjual
barangan ini adalah berpatutan dan harga berkenaan berdasarkan kepada harga
pasaran bermula dari harga serendah RM3 hingga RM300 berdasarkan kepada kualiti
dan menarik atau tidak barangan itu”, katanya.
Katanya, harga barangan kraf yang
ditawarkan di galerinya bermula dari RM3 adalah barangan yang berasaskan kayu.
Manakala barangan yang bernilai RM300 adalah barangan yang berasaskan rotan.
Menurutnya, dari segi harga itu dianggap memadai kerana barangan berkenaan
tinggi nilai mutunya apatah lagi bekalannya diperolehi dari luar Terengganu.
Menurut Paksu Zi lagi, ramai juga
di kalangan pembeli yang memaklumkan kepadanya bahawa, barangan yang ada di
galerinya itu tiada di tempat lain. Walaupun kraf kayu dan sesetengahnya dari
buluh dan rotan, namun galerinya yang menjual pelbagai barangan kreatif yang
sukar diperolehi di tempat lain.
“Ramai pelanggan dari jauh
khususnya dari Setiu, Terengganu yang datang ke galeri ini kerana dikatakan
tiada di tempat mereka.
“Misalnya hari ini barangan
seperti “badang” sudah semakin berkurangan dan sukar untuk diperolehi di
kedai-kedai kraf, tetapi masih dijual di galeri ini”, ujarnya.
Justeru, dia menyarankan dan
mengalu-alukan kepada peminat-peminat barangan kraf yang dijual di galerinya
seperti kraf rotan, kayu, mengkuang dan rotan. Barangan berkenaan sukar
dihasilkan, tetapi nilai mutunya agak tinggi apatah lagi amat sukar diperolehi
di tempat lain tetapi masih dijual di galerinya.
Untuk tempahan, Paksu Zi boleh dihubungi di talian: 010-9221802
Mohd. Razi bin Jusoh atau Paksu Zi.
Paksu Zi ketika ditemubual Wartawan RELATIF di galeri kraf rotan miliknya.
Sebahagian barangan kraf rotan, buluh, mengkuang dan kraf kayu di galeri miliknya.
Papan tanda.
Salah seorang pelanggan yang datang ke galerinya untuk membuat pilihan.
Papan tanda.
Tonton Video:
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
MOHD. KAMAL IBRAHIM
MOHD. KAMAL IBRAHIM
Harrah's Philadelphia Casino & Racetrack Opens For Week 14
BalasPadamFollowing a 벳 인포 strong start in 2021, 진주 출장샵 Harrah's Philadelphia 안산 출장안마 Casino & Racetrack's $4.2 billion resort will also open 대전광역 출장마사지 its own gaming 밀양 출장샵 floor,